Wednesday, September 7, 2016

Membeli Barangan dari Amazon & Hantar ke Malaysia

Dalam entri kali ini saya ingin kongsikan bagaimana saya membeli barang dari laman membeli-belah atas talian yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Amazon. 

  • Khidmat penghantaran antarabangsa


Jika penjual menyediakan khidmat penghantaran antarabangsa, ianya tiada masalah. Barangan itu boleh dihantar dari kilang penjual terus ke alamat pembeli di Malaysia. Namun begitu, untuk barang yang saya kehendaki ini, penjual hanya boleh membuat penghantaran domestik, yakni penghantaran ke alamat dalam daerah-daerah di Amerika Syarikat sahaja.
Apa yang saya lakukan?

  • Guna khidmat syarikat 'parcel forwarder'


Setelah mengumpul maklumat dari beberapa laman sesawang saya telah memilih untuk mencuba perkhidmatan 'parcel forwarding' dari syarikat Stackry. Setelah mendaftar dengan syarikat tersebut (pendaftaran adalah percuma) satu alamat di Amerika Syarikat beserta dengan nombor unit loker akan diberikan. Alamat inilah yang telah digunakan sebagai destinasi pertama barangan yang dibeli dari Amazon dihantar sebelum diterbangkan semula ke alamat di Malaysia. 

  • Barang tiba di alamat Amerika Syarikat dalam 3 hingga 5 hari


Stackry akan memaklumkan barang telah tiba di gudang mereka melalui emel. Seterusnya, untuk penghantaran ke Malaysia pula Stackry mengenakan caj penghantaran mengikut berat barangan. Syarikat kurier boleh dipilih mengikut kesesuaian dan harga. Saya telah memilih DHL Express sebagai syarikat kurier. 

  • Khidmat kurier DHL Express

Menurut jangkaan awal barang akan tiba dalam masa 5 hingga 8 hari. Namun begitu, untuk kes saya, barang sampai dalam masa 4 hari sahaja menjadikan jumlah masa menunggu sejak dari pesanan pembelian dilakukan (29 Ogos) hingga barang tiba ke tangan (6 September).