Tuesday, September 15, 2015

Optimising Kodi Experience on Raspberry Pi

Selepas OSMC berjaya dimuatkan ke dalam Raspberry Pi, lakukan beberapa langkah berikut untuk mendapatkan pengalaman yang lebih lancar.
  • Tukar skin asal OSMC kepada skin asal Kodi (Confluence)
  1. Pergi ke Settings -> Systems -> Appearance
  2. Di Appearance, hala ke kanan dan tekan Skin - OSMC
  3. Pilih Skin Confluence
  •  Memasukkan repository sebagai pengkalan data untuk ribuan saluran video 
  1. Pergi ke System -> File Manager -> Add Source
  2. Dalam ruangan yang disediakan taip alamat berikut:
  3. http://srp.nu
  4. Namakan Super Repo seperti contoh dalam gambarajah di bawah

Kemudian kembali ke paparan home dan lakukan perkara berikut 
  1. Pergi ke System -> Settings -> Add-ons
  2. Pilih "Install from zip file"
  3. Pilih Super Repo pada paparan dan pilih versi Kodi yang bersesuaian. (Pada masa penulisan ini versi Kodi yang digunakan ialah Isengard)
  4. Kemudian pilih folder bernama "all"
  5. Pilih file .zip yang tertera
  6. Selepas beberapa ketika satu makluman akan terpapar menandakan repository telah berjaya dimasukkan ke dalam sistem.



Saturday, September 5, 2015

OSMC on Raspberry Pi

Dalam entri sebelum ini SD card telah di format dan kini tiba masanya untuk memuatkan sistem operasi OSMC ke dalam SD card tersebut. 
Menggunakan komputer anda (Windows @ Mac @ Linux) sila muat turun installer di sini.
Pilih sistem operasi pada komputer anda untuk muat turun. Selepas muat turun selesai, buka installer dan ikut arahan tertera. Pastikan SD card juga telah disambung pada komputer kerana OSMC akan di install pada SD card tersebut.
Setelah proses install selesai, keluarkan SD Card dari komputer anda dan masukkan ke dalam slot yang dikhaskan pada Raspberry Pi. 
Sambungkan semua wayar; HDMI, Keyboard, Ethernet @ WiFi adapter. Pastikan sumber kuasa adalah sambungan yang paling akhir sebelum memacu Raspberry Pi.
Sekiranya semuanya dilakukan dengan betul, screen OSMC akan terpapar pada skrin TV anda.
Sekarang OSMC sudah selamat di masukkan ke dalam Raspberry Pi.
Selamat mencuba! 

Friday, September 4, 2015

Pre-installation of Kodi on Raspberry Pi

Sebelum menerobos ke alam teknikal, sekuarang-kurangnya peralatan berikut perlu disediakan:
  1. Raspberry Pi
  2. Kad MicroSD sekurang-kurangnya berkapasiti 8GB
  3. Sumber kuasa kepada Raspberry Pi sebaiknya mempunyai 5V, 2A (boleh je pakai charger phone) *Tips: Sekiranya TV anda mempunyai slot USB ia juga boleh digunakan sebagai sumber kuasa
  4. Kabel HDMI untuk sambungan ke TV
  5. USB Keyboard (berwayar atau tanpa wayar, ikut selera masing-masing)
  6. USB WiFi adapter (kalau xnak pakai kabel Ethernet) 

Ada banyak cara untuk menggerakkan Kodi pada Raspberry Pi. Saya telah memilih sistem operasi OSMC.
Sebelum memulakan usaha memuatkan OSMC, SD card hendaklah di format terlebih dahulu. Ikuti kaedah berikut, saranan dari laman web Raspberry sendiri.
Dalam entri seterusnya, penerangan teknikal akan diberi untuk memuatkan OSMC ke dalam jentera Raspberry Pi.


Cheap HTPC Solution - Raspberry Pi

Entri kali ni menceritakan tentang penyelesaian kepada masalah ingin memiliki sebuah sistem teater rumah (HTPC) yang murah tanpa mengabaikan kualiti.
Setelah menelaah dan membuat kajian di internet saya membuat keputusan untuk memilih Raspberry Pi sebagai medium HTPC.
Apa itu Raspberry Pi?
Malas nak cite, sila gugel sniri.
Secara dasarnya, ia sebuah komputer bersaiz kecil (sebesar kad bank / mykad) yang pada mulanya dihasilkan untuk memberi dorongan kepada kanak2 supaya tahu bagaimana komputer berfungsi dan bagaimana untuk menghasilkan aplikasi sendiri.

Di mana alat ini boleh didapati di Malaysia?

  1. RS Online
  2. Thunder Match
Di entri akan datang saya akan ceritakan bagaimana untuk menyediakan alat ini untuk menikmati filem secara streaming.