Dalam entri sebelum ini SD card telah di format dan kini tiba masanya untuk memuatkan sistem operasi OSMC ke dalam SD card tersebut.
Menggunakan komputer anda (Windows @ Mac @ Linux) sila muat turun installer di sini.
Pilih sistem operasi pada komputer anda untuk muat turun. Selepas muat turun selesai, buka installer dan ikut arahan tertera. Pastikan SD card juga telah disambung pada komputer kerana OSMC akan di install pada SD card tersebut.
Setelah proses install selesai, keluarkan SD Card dari komputer anda dan masukkan ke dalam slot yang dikhaskan pada Raspberry Pi.
Sambungkan semua wayar; HDMI, Keyboard, Ethernet @ WiFi adapter. Pastikan sumber kuasa adalah sambungan yang paling akhir sebelum memacu Raspberry Pi.
Sekiranya semuanya dilakukan dengan betul, screen OSMC akan terpapar pada skrin TV anda.
Sekarang OSMC sudah selamat di masukkan ke dalam Raspberry Pi.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment