Friday, September 4, 2015

Pre-installation of Kodi on Raspberry Pi

Sebelum menerobos ke alam teknikal, sekuarang-kurangnya peralatan berikut perlu disediakan:
  1. Raspberry Pi
  2. Kad MicroSD sekurang-kurangnya berkapasiti 8GB
  3. Sumber kuasa kepada Raspberry Pi sebaiknya mempunyai 5V, 2A (boleh je pakai charger phone) *Tips: Sekiranya TV anda mempunyai slot USB ia juga boleh digunakan sebagai sumber kuasa
  4. Kabel HDMI untuk sambungan ke TV
  5. USB Keyboard (berwayar atau tanpa wayar, ikut selera masing-masing)
  6. USB WiFi adapter (kalau xnak pakai kabel Ethernet) 

Ada banyak cara untuk menggerakkan Kodi pada Raspberry Pi. Saya telah memilih sistem operasi OSMC.
Sebelum memulakan usaha memuatkan OSMC, SD card hendaklah di format terlebih dahulu. Ikuti kaedah berikut, saranan dari laman web Raspberry sendiri.
Dalam entri seterusnya, penerangan teknikal akan diberi untuk memuatkan OSMC ke dalam jentera Raspberry Pi.


2 comments: